Skip to content
STSmart Balance
Modul untuk pengguna Sankyu SystemIntegrasi dengan Sankyu System

Timbangan tepat.
Integrasi terus
ke sistem.

ST Smart Balance menghubungkan penimbang elektronik terus kepada Sankyu System. Bacaan berat dimasukkan secara automatik ke dalam sistem tanpa memerlukan kemasukan data secara manual.

ST Smart Balance

02KENAPA ST SMART BALANCE

Rekod berat
secara automatik.

Merekod berat secara manual berisiko menyebabkan kesilapan yang boleh menjejaskan kos dalam perniagaan emas. ST Smart Balance menghapuskan langkah kemasukan data manual dengan menyalurkan bacaan terus daripada penimbang ke sistem.

“dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah, dengan timbangan yang adil” . (Al-Isra, 17:35)

Rekod ManualST SMART BALANCE
Kesilapan ManusiaRisiko tersalah tulis, tersalah tekan atau tertukar angka semasa merekod bacaan berat secara manual.Bacaan berat dipindahkan terus daripada penimbang ke Sankyu System tanpa menaip semula.
Timbangan tidak tepatBacaan berisiko dibundarkan, tersalah dibaca atau direkodkan daripada paparan yang belum stabil.Hanya bacaan stabil direkodkan selepas penetapan sifar, mengikut ketepatan titik perpuluhan.
Masa PemprosesanStaf perlu membaca, menulis dan memasukkan semula berat untuk setiap item.Letakkan item di atas penimbang dan berat akan direkodkan dalam beberapa saat.
Rekod BeratRekod kertas yang tidak konsisten menyukarkan semakan semula.Rekod digital yang konsisten dihubungkan dengan setiap item dan transaksi.

Minimumkan kesilapan

Kurangkan risiko kesilapan kemasukan data.

Kurangkan Kesilapan Manusia

Tanpa catatan atau kemasukan semula bacaan.

Timbangan Tepat

Rekodkan hanya bacaan stabil selepas penimbang ditetapkan kepada sifar.

Jimat masa

Percepatkan proses menimbang setiap item.

03MANFAAT UTAMA

Setiap gram ada nilainya,
setiap timbangan ada amanahnya.

Integrasi Terus dengan Sistem

Pindahkan bacaan berat secara automatik daripada penimbang ke Sankyu System.

Ketepatan Data Lebih Tinggi

Kurangkan kesilapan akibat kemasukan berat barang kemas secara manual.

Proses Lebih Pantas

Staf boleh menyelesaikan kerja menimbang dengan lebih cepat semasa operasi harian yang sibuk.

Operasi Lebih Efisien

Hubungkan proses menimbang dengan inventori dan rekod transaksi secara teratur.

04CARA IA BERFUNGSI

Daripada penimbang ke rekod,
dalam beberapa saat

Letakkan Barang Kemas

Letakkan barang kemas di atas penimbang.

Berat Direkod

Bacaan berat tertera pada penimbang dan sistem.

Pemindahan Automatik

Berat direkod dengan satu klik.

Direkod dalam Sankyu System

Tag dicetak dan rekod barang kemas disimpan dalam sistem.

05FUNGSI

Fungsi menyeluruh
untuk perekodan
berat yang tepat.

Enam fungsi yang membantu proses timbangan menjadi lebih tepat, konsisten dan mudah direkodkan.

Ketepatan Timbangan

Bacaan berat emas yang tepat dan konsisten.

Tetapan Sifar Automatik

Setiap timbangan bermula daripada sifar untuk mengurangkan kesilapan.

Persekitaran Stabil

Bacaan dilindungi daripada gangguan supaya hasil timbangan lebih dipercayai.

Kalibrasi Berkala

Pastikan penimbang beroperasi pada tahap prestasi yang optimum.

Operasi Lebih Tepat

Rekod transaksi menjadi lebih jelas dan tepat.

Keyakinan Pelanggan

Timbangan yang konsisten dan boleh dipercayai membantu membina kepercayaan pelanggan di kaunter.

06DAPATKAN ST SMART BALANCE

Hubungkan
penimbang anda ke
Sankyu System.

Jadualkan demo untuk melihat cara bacaan berat dipindahkan terus daripada penimbang kepada Sankyu System tanpa kemasukan data manual.

Mohon demo

Kami akan menghubungi anda dalam tempoh 24 jam, Isnin hingga Jumaat.

Ruangan ini wajib diisi.
Ruangan ini wajib diisi.
Sila masukkan maklumat yang sah.
Sila masukkan maklumat yang sah.

Terima kasih! Permohonan anda telah diterima. Team kami akan hubungi anda dalam masa 24 jam (Isnin hingga Jumaat).